Majlis perkahwinan mewah hanya RM4,000

Sembilan pasangan mempelai bersanding bersama dalam majlis perkahwinan serentak diuruskan oleh Glams Wedding Mega Seri Pengantin.
Sembilan pasangan mempelai bersanding bersama dalam majlis perkahwinan serentak diuruskan oleh Glams Wedding Mega Seri Pengantin.
A
A
A

KOTA BHARU - Impian sembilan pasangan pengantin untuk meraikan hari bahagia mereka dengan penuh meriah dan mewah tercapai walaupun hanya membayar RM4,000 setiap pasangan.

Sembilan pasangan mempelai itu diraikan dalam majlis perkahwinan serentak yang diuruskan perunding perkahwinan Glams Wedding Mega Seri Pengantin di Dewan Crystal Colour Avenue Kota Bharu dan dihadiri lebih 1,000 tetamu, semalam.

Nur Lina bersama Ahmad Zainuri tidak menyangka majlis perkahwinan mereka diadakan secara meriah dan mewah walaupun hanya membayar RM4,000.
Nur Lina bersama Ahmad Zainuri tidak menyangka majlis perkahwinan mereka diadakan secara meriah dan mewah walaupun hanya membayar RM4,000.

Pengantin, Nur Lina Nizar Alyubi, 28, berkata, dia tidak menyangka majlis perkahwinannya diadakan secara mewah dengan hanya mengeluarkan belanja RM4,000 sahaja setiap pasangan.

Menurutnya, dia mendapat idea untuk melangsungkan perkahwinan serentak dengan lapan lagi pasangan lain, selepas melihat paparan di laman sosial Facebook Glams Wedding Mega Seri Pengantin.

“Mengenangkan tak ada pihak dapat uruskan perkahwinan selepas kematian bapa, saya dan suami, Ahmad Zainuri Hadi Sofiyan, 29, ambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan menggunakan khidmat perunding perkahwinan ini.

“Lagi pun, kami nak jimatkan kos dan tidak mahu membazir. Suami hanya sediakan cincin dan wang hantaran, selebihnya disediakan oleh pihak perunding perkahwinan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Artikel Berkaitan:

Azura Mohamad
Azura Mohamad

Sementara itu, pemilik Glams Wedding Mega Seri Pengantin, Azura Mohamad berkata, program kali kelapan ini bukan hanya tertumpu di Kelantan, sebaliknya turut diadakan di Kedah, Pahang, Johor dan Melaka.

Menurutnya, berbekalkan bayaran RM4,000 itu, pengantin akan menikmati majlis perkahwinan mewah di dewan berhawa dingin dan majlis akad nikah di masjid.

Selain itu beliau berkata, pengantin juga akan menerima kad jemputan perkahwinan, baju pengantin, solekan, kenduri dan makan beradap.

“Kami mengadakan program ini kerana mahu membantu pasangan yang teringin untuk menjadi ‘raja sehari’, namun mempunyai kekangan kewangan.

“Lebih menarik apabila setiap pasangan boleh melunaskan bayaran secara ansuran,” katanya.

Berbekalkan RM4,000 setiap pasangan, sembilan pengantin melangsungkan perkahwinan serentak dengan dihadiri lebih 1,000 tetamu, semalam.
Berbekalkan RM4,000 setiap pasangan, sembilan pengantin melangsungkan perkahwinan serentak dengan dihadiri lebih 1,000 tetamu, semalam.

Sejak program ini diadakan 2016 lalu, Azura berkata, pihaknya berjaya membantu lebih 150 pasangan seluruh negara dengan kos yang rendah namun mampu menikmati majlis yang meriah.

Dalam masa terdekat beliau berkata, pihaknya akan mengadakan majlis yang sama di Kuantan pada 31 Ogos ini dan Kota Bharu pada 30 November akan datang.