Suami isteri mangsa tetak stabil

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian suami isteri ditetak baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian suami isteri ditetak baru-baru ini.
A
A
A

KUALA KRAI - Pasangan suami isteri yang parah ditetak dalam kejadian di hadapan sebuah bank di sini Khamis lalu masih dirawat di Hospital Kuala Krai.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, kedua-dua mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

"Mangsa wanita berusia 48 tahun itu baharu menjalani pembedahan susulan kecederaan parah pada pergelangan tangan.

"Suami mangsa juga masih dirawat di hospital sama ketika ini," katanya semalam.

Wan Fauzi berkata, polis kini masih mengesan suspek yang juga bekas suami mangsa dipercayai terlibat dalam kes itu.

Dalam kejadian Khamis lalu sepasang suami isteri cedera ditetak oleh seorang lelaki dengan menggunakan sebilah golok dipercayai gara-gara cemburu.

Suspek kes itu dikatakan bekas suami kepada wanita itu. Kedua-dua mereka dikatakan berpisah pada penghujung tahun lalu.

Kejadian pada jam 11.20 pagi itu menyebabkan wanita tersebut cedera di bahagian tangan sebelah kiri dipercayai akibat ditetak beberapa kali.

Artikel Berkaitan:

Suami wanita itu pula cedera di bahagian jari kanan dan luka di lengan serta dada kirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami, isteri parah ditetak