X

Kindly register in order to view this article
!

Tak timbul isu pembahagian kerusi: Tok Mat

Mohamad Hasan bersalaman dengan ahli UMNO ketika merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Pontian di sini hari ini.
A
A

PONTIAN - Piagam UMNO dan Pas yang akan dimeterai pada 14 September ini tidak akan membincangkan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti pada PRU15.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, piagam berkenaan tiada kena-mengena dengan ketidaksamarataan antara UMNO dan Pas sebaliknya ia cuma sebagai tatakerja.

"Tak sebut langsung kerusi. Strategi kerjasama ini berdasarkan taawun. Taawun UMNO-Pas akan memastikan pembangkang kuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Piagam UMNO-Pas tidak menyentuh soal pembahagian kerusi

14 September jadi saksi kerjasama rasmi UMNO-Pas

"Sekarang ini kita sudah wujudkan blok pembangkang bersama Pas, jadi untuk jadi pembangkang yang lebih efektif, UMNO dan Pas perlu bekerjasama," katanya.

Mohamed Hasan (tengah) bergambar bersama kepimpinan Pas kawasan Pontian sebelum Persidangan UMNO Bahagian Pontian di sini hari ini.
Mohamed Hasan (tengah) bergambar bersama kepimpinan Pas kawasan Pontian sebelum Persidangan UMNO Bahagian Pontian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pontian di Dewan Umno Pontian di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Pontian, Nazaruddin Bachok.

Mohamad Hasan meminta agar ahli UMNO dan Pas memahami tujuan piagam dimeterai bagi mengelakkan mereka mempercayai fitnah yang tersebar.

"Piagam itu akan menjadi bahan rujukan untuk UMNO dan Pas sebab di dalamnya nanti akan ada jawatankuasa kerja.

"Sebab itu saya cakap piagam ini tidak ikut mana-mana parti. Jadi kenapa perlu ada pihak yang agresif serang piagam akan merencatkan kesamarataan di negara ini," katanya.

Justeru beliau meminta ahli di peringkat bahagian dan cawangan menyuburkan penyatuan dengan kerap turut padang bertemu rakyat selain mengurangkan ceramah.

"Strategi mesti ada di setiap negeri kerana setiap negeri punya strategi berbeza bagi memenangi PRU15. Johor mesti ada rancangan mereka dan pastinya tidak sama seperti negeri-negeri lain," katanya.