Gaduh di R&R: Terkejut dengar bunyi bising di parkir

Kawasan R&R Gambang tempat berlakunya pergaduhan yang tular di media sosial, semalam.
Kawasan R&R Gambang tempat berlakunya pergaduhan yang tular di media sosial, semalam.
A
A
A
KUANTAN - Majoriti peniaga di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah timur di sini,mengakui terkejut dengar kekecohan di tempat letak kenderaan di sini.

Rata-rata mereka hanya menyedari insiden terbabit selepas mendengar kekecohan di tapak letak kenderaaan berat di R&R terbabit.

Kelibat sekumpulan lelaki dilihat memukul seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam kira-kira jam 1.30 pagi semalam.

Seorang peniaga yang mahu dikenali Ahmad berkata, dia tidak mengetahui perkara itu sehingga mendengar bunyi bising di tapak letak kenderaan.

Menurutnya, pada waktu itu, dia melihat beberapa orang sedang menumbuk seorang lelaki yang dipercayai pemandu bas ekspres dari jarak jauh.

“Lepas itu saya lihat orang ramai meleraikan pergaduhan mereka,” katanya ringkas.

Lelaki itu memberitahu, inilah kejadian pertama kali berlaku di kawasan terbabit.

Jelasnya, sekiranya benar pemandu bas itu membuat salah tidak perlu sampai bertumbuk antara satu sama lain.

“Seeloknya berbicanglah dengan sebaiknya.. ini dah jadi kes polis.. jadi saya tidak boleh cakap lebih biar polis menyiasat,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Video 1 minit 49 saat itu mula tular di laman sosial Facebook malam tadi dan menunjukkan bahawa mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki.

Ada yang menyifatkan pergaduhan itu berlaku disebabkan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.Terdapat dakwaan mengatakan mangsa tidak mengasari pelayan berkenaan yang juga adik kepada seorang lelaki yang memukul mangsa.