Bomba tumpu rondaan udara di Sepang, Banting

Mohammad Hamdan - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohammad Hamdan - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memberi tumpuan rondaan udara di Sepang dan Banting sebagai langkah berjaga-jaga mengelakkan berlaku kebakaran terbuka yang boleh menyebabkan jerebu di negara ini bertambah buruk.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, selain dua kawasan dikategorikan sensitif itu, pemantauan akan dibuat di Pahang, Perak dan Johor serta beberapa kawasan lain di Lembah Klang dan Selangor.

Menurutnya, meskipun keadaan jerebu yang melanda negara disebabkan kebakaran di Sumatera Indonesia itu masih terkawal, langkah itu perlu dilaksanakan sebagai persediaan awal.

Mohammad Hamdan (depan, tiga dari kiri) menyerahkan bendera kepada Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Ketua Kontinjen, Abdul Razak Muda pada Majlis Apresiasi Hari Anggota Bomba Sedunia di Kuala Lumpur hari ini. -FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Mohammad Hamdan (depan, tiga dari kiri) menyerahkan bendera kepada Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Ketua Kontinjen, Abdul Razak Muda pada Majlis Apresiasi Hari Anggota Bomba Sedunia di Kuala Lumpur hari ini. -FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Setakat ini, kita mula langkah berjaga-jaga kepada semua anggota seluruh negara. Kita tidak mahu berlaku kebakaran dalam negara terutamanya kawasan-kawasan hotspot.

“Kita akan buat rondaan melalui udara untuk memerhati kawasan-kawasan tertentu di Lembah Klang dan juga kawasan-kawasan tertentu yang sering berlaku kebakaran terbuka.

“Untuk kawasan Sepang paling sensitif kerana melibatkan laluan penerbangan dan juga menjadi kawasan sering berlaku kebakaran tanah gambut yang boleh menyebabkan asap tebal termasuk di kawasan Banting,” katanya pada sidang media Majlis Apresiasi Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019, di Kompleks Kuaters JBPM di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan turut mengingatkan masyarakat agar mengehadkan aktiviti luar kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan.

Artikel Berkaitan:

“Kena ambil kira faktor kesihatan kerana jerebu ni kita tak nampak ia boleh masuk ke saluran pernafasan yang boleh menyebabkan penambahan penyakit seperti asma sebagainya,” katanya.

Terdahulu beliau menyempurnakan penyerahan Jalur Gemilang kepada 28 anggota dan pegawai JBPM terlibat mewakili Malaysia ke World Police and Fire Games (WPFG) 2019 ke Chengdu, China pada 8 hingga 18 Ogos ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menyasarkan lima emas dapat dibawa pulang menerusi acara antarabangsa melibatkan 155 negara seluruh dunia itu.

“Selain sebagai ujian kecergasan, penyertaan JBPM dalam acara ini juga sebagai peluang menjalin kerjasama global disamping bertukar-tukar fikiran sesama peserta dari pelbagai negara,” katanya.