Waris pesakit warga emas dicari

Lelaki itu menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan serius di kepala sejak 22 Jun lalu.
Lelaki itu menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh akibat kecederaan serius di kepala sejak 22 Jun lalu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Hospital Sungai Buloh meminta bantuan awam untuk mengesan waris kepada seorang lelaki berusia 60-an yang dirawat di hospital berkenaan sejak 22 Jun lalu.

Menerusi Facebook Hospital Sungai Buloh memaklumkan, pesakit tersebut dipindahkan dari Hospital Selayang untuk rawatan lanjut akibat kecederaan serius di kepala.

"Pesakit dijumpai di tepi jalan di kawasan Selayang Jaya tanpa dokumen pengenalan diri. Sehingga kini tiada waris yang hadir menziarahi pesakit di hospital," memetik kenyataan itu.

Pihak hospital telah merujuk status lelaki tersebut di Jabatan Pendaftaran Negara melalui cap jari, namun tiada rekod sepadan ditemui.

"Waris atau orang ramai yang mengenali pesakit diminta tampil ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Sungai Buloh atau menghubungi Pegawai, Roslina Sudin di talian 03-61454333 sambungan 4281/4291 atau Wad 7C (Nueurosurgeri) sambungan 4720," katanya.

Artikel Berkaitan: