Haziq Rosebi timang cahaya mata kedua

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Haziq Rosebi selamat menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Maisarah Mohd Sidki selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Khamis.

Berita gembira tersebut dikongsikan bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat ini menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto pertama cahaya matanya itu.

No Image Caption

“Another boy, another Zidane. Syukur Ya ALLAH dam terima kasih kepada semua yang mendoakan.

“Baby dan mama dalam condition yang sangat bagus. Insya-ALLAH esok dah boleh jalan-jalan KLCC,” tulis Haziq sebagai kapsyen.

No Image Caption

Rata-rata peminat dan pengikut Haziq, 31, tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah selain doa agar kesejahteraan untuk mereka sekeluarga.

Haziq dan isteri berkahwin pada September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Yusuf Zidane, 3.

Artikel Berkaitan: