Muhyiddin enggan ulas kenyataan Hadi

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

KAJANG - Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin kerajaan sehingga akhir penggal.

Presiden Bersatu itu yang ditemui pemberita di pelancaran program Corporate Smart Internship (CSI) di sini hari ini hanya tersenyum ketika ditanya mengenai isu tersebut.

"Hari ini cakap pasal penjara," katanya sebelum berlalu meninggalkan majlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas-UMNO akan pertahan Tun M kekal PM sampai habis penggal

Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, Pas dan UMNO akan saling bekerjasama untuk mengekalkan Dr Mahathir berkhidmat sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh satu penggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Azmin sokong Tun M jadi PM hingga akhir penggal

Kenyataan Abdul Hadi itu turut disokong oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyifatkan Dr Mahathir perlu diberi peluang memimpin hingga ke akhir penggal bagi menjamin kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.

Dalam maklum balasnya, Dr Mahathir berkata, sokongan Abdul Hadi itu bukan perkara baharu, manakala kenyataan Mohamed Azmin hanya pendapat peribadi pemimpin PKR itu.

Artikel Berkaitan: