Tulisan khat: Kementerian Pendidikan akan keluar kenyataan

Maszlee Malik
Maszlee Malik
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung cadangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Ketika diminta mengulas mengenai bantahan daripada pimpinan akar umbi DAP, Maszlee bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Kita akan keluarkan kenyataan media," katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada 10th University Scholars Leadership Symposium 2019 di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu takut dengan tulisan jawi

Kelmarin, seramai 138 pemimpin akar umbi termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menggesa Kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan khat atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Dalam kenyataan bersama, kumpulan itu berkata pelajar sekolah vernakular setakat ini telah mempelajari tiga bahasa dan tiga sistem penulisan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tulisan jawi: KPM jangan tunduk desakan

Kumpulan itu turut berkata, pihaknya mengakui tulisan khat mempunyai nilai artistik tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya sendiri dan bukan dijadikan sebagai dasar.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Jelasnya, perkara itu tiada kaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.