Pasangan tinggal berjauhan kerana mencari nafkah diharuskan

IBU yang menguruskan anak-anak seorang diri kerana suami bekerja jauh di negeri lain atau luar negara adalah satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh kaum wanita.
Pakar agama dan pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, suami yang berjauhan dengan isteri dan anak-anak perlu berterima kasih kepada isteri yang berkorban seorang diri mendidik dan membesarkan anak-anak.
"Jarang kita lihat wanita yang mampu untuk menguruskan kerja-kerja menguruskan anak bermula daripada A hingga Z.
"Kebiasaannya, ia memerlukan kerjasama daripada seorang suami," ujarnya kepada Femina ketika diminta mengulas berkenaan isu pasangan PJJ (Hubungan Jarak Jauh) dan kesannya kepada isteri dan anak-anak.