Pendanaan ramai tidak dibenarkan untuk atlet kategori B

Norza. Foto: Bernama
Norza. Foto: Bernama
A
A
A

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) mengeluarkan amaran tegas kepada semua persatuan dan persekutuan sukan dalam kategori B untuk tidak membenarkan atau memaksa altet mereka mencari dana bagi membolehkan mereka menyertai Sukan SEA 2019 di Filipina.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria menegaskan, persatuan dan persekutuanlah yang perlu mengambil tanggungjawab terhadap atlet mereka yang berpotensi, terutamanya mereka yang telah menunjukkan kesungguhan dan prestasi dalam sukan masing-masing.

“Mereka tidak boleh membenarkan atlet mereka, mereka tidak boleh membebankan altet mereka, untuk keluar dan mendapatkan dana. Tidak ada pendanaan ramai.

“Jadi bila persatuan datang dan berikan janji mereka, kita beritahu mereka yang mereka perlu mempunyai penjanjian dengan altet yang mana mereka (atlet) tidak akan pergi dan meminta wang dari orang lain. Bagi saya itu sudah jelas,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan MOM di Wisma MOM di sini hari ini.

Mengikut Mohamad Norza, sukan dalam kategori B akan dipecahkan kepada B1 dan B2 untuk bukan badan gabungan MOM.

“B1 ialah di mana, mereka menggunakan dana masing-masing untuk pergi dan hantar atlet, tetapi jika mereka menang pingat, kami (OCM) akan ganti. Bagaimanapun untuk B2, mereka yang tidak berada di bawah badan gabungan MOM, jadi apa yang kita boleh beritahu mereka ialah, disebabkan sebahagian daripada mereka adalah sukan baru, jadi kita letak mereka di bawah Kategori B, ialah untuk berikan mereka peluang untuk pergi dan ambil bahagian dalam Sukan SEA.

“Namun jika pasukan atau individu tersebut menang pingat, mereka tidak berpeluang untuk mendapat wang gantian daripada kami,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Norza maklumkan pada masa ini terdapat 681 altet terpilih untuk Sukan SEA 2019, terdiri daripada 394 atlet lelaki dan 287 perempuan mengambil bahagian 51 daripada 56 jenis sukan di Filipina dari 30 November hingga 11 Disember.

Artikel Berkaitan:

“Kami memberikan peluang untuk beberapa persatuan untuk kembali kepada kami pada tarikh selepas ini, kerana ada diantara mereka yang mempunyai kejohanan untuk pemilihan akhir, selepas daripada hari ini.

“Kita boleh jangkakan pada masa ini, separuh daripada jumlah itu adalah pegawai, kira-kira 340 orang termasuk kakitangan sains sukan dan perkhidmatan sukan dan 100 orang anggota sekteriat. Jumlah keseluruhan kontinjen adalah diantara 1,000 ke 1,100 orang,” katanya.

Mohamad Norza berkata, untuk Sukan SEA 2019 ini, MOM akan memastikan atlet Malaysia bebas daripada isu dadah dan yakin Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) akan mengambil semua tindakan yang perlu bagi memastikannya.

“Selepas pemilihan atlet, Adamas akan melibatkan diri, dan kira perlu menunggu perancangan mereka kerana kontinjen ini agak besar,” katanya.

Untuk rekod, penerjun negara Wendy Ng Yan Yee, hilang dua pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, selepas gagal ujian doping apabila sampel B miliknya juga positif sibutramine, sejenis perangsang ditemui dalam produk menurunkan berat badan, tetapi berada dalam senarai bahan yang tidak dibenarkan Badan Anti-Doping Dunia (Wada).

Wendy menang emas acara papan anjal 3 meter (m) individu dan juga acara 3m papan anjal seirama bersama Nur Dhabitah Sabri. - Bernama