Bapa reda jika anak sudah tiada

Abd Rahim (dua dari kanan) diziarahi keluarga dan penduduk kampung di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Abang, Dungun hari ini selepas insiden menimpa anaknya.
Abd Rahim (dua dari kanan) diziarahi keluarga dan penduduk kampung di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Abang, Dungun hari ini selepas insiden menimpa anaknya.
A
A
A

DUNGUN - "Pakcik reda andai dia dah tak ada tapi harap dia (jasad) tetap ditemui," kata Abdul Rahim Endut, 54, bapa kepada seorang daripada tiga pekerja Resort Pulau Tenggol yang hilang di perairan Pulau Tenggol petang semalam.

Anaknya, Mohamad Hafiz, 22, bersama dua lagi mangsa, Mohammad Firdaus Mohd Awalludin, 25, dan Fauzi Mohammad, 40, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan menghantar bekalan air minuman dan tong gas memasak ke resort di pulau tersebut kira-kira jam 3 petang semalam.

Abd Rahim yang juga nelayan berkata, perasaannya bercampur baur selepas mengetahui tragedi menimpa anaknya itu pada jam 10 malam semalam ketika sedang menangkap ikan di perairan Kemaman.

Katanya, nalurinya sebagai bapa yang merasakan anaknya seolah-olah sudah tiada tidak dapat ditepis dan dia berserah segalanya kepada ALLAH SWT.

"Pakcik yakin bot yang Hafiz naiki alami kerosakan enjin di tengah laut.

"Hafiz baru setahun kerja dekat resort itu dan tak sangka pula kejadian begini berlaku," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Abang di sini hari ini.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anak keempat dari sembilan beradik itu pada Aidilfitri bulan Jun lalu.

Artikel Berkaitan:

Nor Mohd Helmi Mohamad
Nor Mohd Helmi Mohamad

Bagaimanapun, adik kepada Fauzi, Nor Mohd Helmi Mohamad, 25, yakin abangnya masih hidup dan menaruh harapan agar mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

"Saya rasa bot mereka hanyut sebab semalam ada orang kampung boleh hubungi telefon bimbit abang dan dia cakap ada kat Pantai Kuala Abang.

"Lepas itu terus tak boleh hubungi lagi. Jadi mungkin bot abang rosak enjin dan hanyut," katanya.

Dalam kejadian semalam, ketiga-tiga mangsa berlepas menaiki sebuah bot pelancong dari Jeti A'king di Kuala Dungun kira-kira jam 11.40 pagi sebelum gagal dikesan.

ARTIKEL BERKAITAN:Tiga pekerja resort dikhuatiri hilang

ARTIKEL BERKAITAN:Pekerja resort hilang: Pencarian 10 batu nautika dari Pulau Tenggol