Permainan dam aji tidak lapuk

Zubir (kiri) mencuba permainan dam aji ketika merasmikan Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Komuniti di Kampung Sungai Rengas, di sini, Sabtu lalu.
Zubir (kiri) mencuba permainan dam aji ketika merasmikan Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Komuniti di Kampung Sungai Rengas, di sini, Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Permainan dam aji adalah aktiviti sihat yang tidak lapuk ditelan peredaran zaman malah boleh memupuk perpaduan seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Pegawai Serantau Menteri Pertahanan Malaysia, Zubir Mohamed berkata, permainan itu kini dilihat popular dalam kalangan golongan muda dan dewasa.

Katanya, beliau menyangkal tanggapan bahawa aktiviti itu boleh melalaikan dan membuang masa.

"Permainan dam aji berasal daripada permainan lama sejak zaman dahulu lagi. Ia pada asalnya dimainkan pada papan permainan lain daripada papan catur yang biasa digunakan masa kini.

"Jika dilihat di kedai-kedai kopi sekitar kampung akan ada sekumpulan lelaki dewasa berkumpul untuk bermain permainan ini. Ia adalah aktiviti sihat untuk mereka menghabiskan masa lapang," katanya ketika merasmikan Program Merdeka @ Komuniti Peringkat Komuniti di Kampung Sungai Rengas, di sini, Sabtu lalu.

Sementara itu, seorang pemain yang memenangi tempat pertama bagi kategori dam aji terbuka, Ismail Sulung, 49, berkata, acara begitu wajar diadakan bagi memberi pendedahan kepada golongan muda.

"Acara begini bagus diadakan selalu supaya belia masa kini dapat mengenal dan mempelajari teknik permainan lama dam aji yang tidak lapuk ditelan zaman," katanya.

Artikel Berkaitan: