18 maut pesawat tentera terhempas di Pakistan

Kesemua 18 mayat rentung termasuk 13 orang awam telah dibawa ke hospital untuk ujian DNA bagi mengenal pasti identiti.
Kesemua 18 mayat rentung termasuk 13 orang awam telah dibawa ke hospital untuk ujian DNA bagi mengenal pasti identiti.
A
A
A

RAWALPINDI - Sekurang-kurangnya 18 terkorban apabila sebuah pesawat kecil milik tentera terhempas di kawasan kediaman di bandar Rawalpindi awal pagi tadi.

Nahas berhampiran ibu negara Pakistan itu berlaku di perkampungan miskin di kawasan kejiranan kelas atas di bandar Garison yang turut menempatkan ibu pejabat tentera hingga menghasilkan bola api yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

"Kesemua 18 mayat rentung termasuk 13 orang awam dan lima kru telah dibawa ke hospital untuk ujian DNA bagi mengenal pasti identiti. Seramai 12 yang lain turut cedera dalam kejadian itu," kata jurucakap anggota penyelamat tempatan, Farooq Butt.

Seorang penduduk mendakwa kejadian itu berlaku pada jam 2 pagi (waktu tempatan).

"Saya terbangun dari tidur selepas terdengar bunyi letupan kuat. Apabila keluar dari rumah, saya melihat api sangat besar dan kami bergegas ke lokasi kejadian," ujar Mohammad Sadiq.

Sementara itu, sayap maklumat tentera memaklumkan pesawat itu sedang melakukan misi latihan rutin ketika kemalangan itu berlaku. - Agensi

Artikel Berkaitan: