Mujur tiada penumpang

Bas henti-henti yang terbakar 100 peratus di Jalan Simpang Empat - Kerdau hari ini.
Bas henti-henti yang terbakar 100 peratus di Jalan Simpang Empat - Kerdau hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang pemandu bas berdepan detik mencemaskan selepas bas yang dipandunya terbakar di Jalan Simpang Empat - Kerdau di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu, bas terbabit mengalami kemusnahan 100 peratus akibat kebakaran tersebut.

No Image Caption

Pemandu terbabit, Saad Rejab, 55, sempat memberhentikan bas terbabit dan berjaya menyelamatkan diri ketika kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Temerloh, Penolong Penguasa Bomba Syed Moshen T Ismail berkata, seramai tujuh anggota dari BBP Temerloh dan bantuan anggota dari BBP Bukit Angin serta jentera tangki air bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan.

No Image Caption

"Kita mengambil masa kira-kira 31 minit memadamkan api terbabit dan operasi berakhir pada jam 8.07 malam. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

"Ketika kejadian, bas henti-henti ini sedang bergerak dan tiada penumpang di dalam kenderaaan terbabit," katanya.

Artikel Berkaitan: