Perak sedia kaji sistem satelit BeiDou dari China

BeiDou merupakan sistem satelit navigasi buatan China.
BeiDou merupakan sistem satelit navigasi buatan China.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak sedia mengkaji penggunaan sistem satelit navigasi buatan China iaitu BeiDou sebagai langkah awal meningkatkan kemampuan capaian perkhidmatan di negeri ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong berkata, pada masa ini Malaysia belum lagi menggunakan perkhidmatan sistem berkenaan melainkan beberapa kerjasama yang telah diadakan dengan universiti tempatan.

Deligasi Majlis Perbandaran Naning dan wakil syarikat China-Asean Satellite Navigation International Cooperation Alliance yang tiba di Ipoh hari ini.
Deligasi Majlis Perbandaran Naning dan wakil syarikat China-Asean Satellite Navigation International Cooperation Alliance yang tiba di Ipoh hari ini.

"Secara pelaksanaannya belum dilakukan lagi, tetapi saya dimaklumkan liputan sistem ini sudah ada bermakna isyarat mereka sudah ada di negara ini.

"Sekiranya Perak berhasrat mahu memasang sistem ini, mungkin kita akan memanggil syarikat terlibat untuk memberi taklimat lanjut berkaitan operasinya dan membawa cadangan ke Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK)," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada syarikat China Asean Satellite Navigation International Cooperation Alliance di Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Menurutnya, sistem berkenaan mampu meningkatkan tahap akses komunikasi dan mempunyai signal jauh lebih kuat berbanding sistem navigasi GPS (Sistem Kedudukan Sejagat) sedia ada di negara ini.

“Ini bermaksud, melalui pemasangan sistem satelit ini pengguna selepas ini tidak lagi mempunyai masalah signal yang tidak jelas, malah ia dapat diakses sehingga ke lokasi di dalam hutan dan laut,” katanya.

Paul Yong menunjukkan sistem satelit navigasi BeiDou yang dipasang pada SUV dan digunakan sepanjang siri jelajah Majlis Perbandaran Naning ke bandar-bandar berkembar.
Paul Yong menunjukkan sistem satelit navigasi BeiDou yang dipasang pada SUV dan digunakan sepanjang siri jelajah Majlis Perbandaran Naning ke bandar-bandar berkembar.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Paul Yong menyambut kehadiran deligasi Majlis Perbandaran Naning, China yang menjelajah ke Ipoh menaiki tiga kenderaan pelbagai guna (SUV) dilengkapi sistem BeiDou sejauh 8,400 kilometer dengan perjalanan selama 10 hari.

Siri jelajah itu adalah bersempena penarafan bandar berkembar Ipoh-Naning.

Dalam pada itu, Timbalan Setiausaha Agung China-Asean Satellite Navigation International Cooperation Alliance, Wang Zhihu berkata, sistem berkenaan tidak boleh diaktifkan secara terus menerusi telefon pintar, sebaliknya pemasangannya adalah melalui kerjasama agensi atau jabatan.

"Sistem satelit yang dipasang hanya boleh disesuaikan dengan telefon pintar keluaran daripada negara China,” katanya.