Sila log masuk terlebih dahulu.

Perak sedia laksana larangan guna beg plastik, polistirena

A
A
A

Perak sedia laksana larangan guna beg plastik, polistirena

Kerajaan Perak sedia meneruskan pelaksanaan larangan penggunaan beg plastik dan polistirena di negeri ini sepertimana pernah dicadangkan pada 2017 lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, satu kajian telah dimulakan bagi tujuan pelaksanaan itu mengambil kira beberapa aspek agar dapat diterima baik semua peringkat terutama dalam kalangan peniaga.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Eco Green Market anjuran Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) di Pasar Awam Batu Gajah di sini pada Sabtu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/258299/edisi/perak/perak-sedia-laksana-larangan-guna-beg-plastik-polistirena

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian