Tunggu ujian darah Adib

Dr Lee Boon Chye
Dr Lee Boon Chye
A
A
A

IPOH - Laporan akhir punca kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban dalam rusuhan di Subang, Selangor dijangka akan siap dalam tempoh sebulan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, pihaknya menunggu laporan ujian darah yang memerlukan masa sehingga sebulan untuk melengkapkan siasatan.

“Kebiasaannya ujian darah akan mengambil masa sehingga sebulan. Malah di Amerika Syarikat pun mengambil masa untuk dapatkan keputusan bagi kematian Michael Jackson dan Whitney Houston.

“Ahli patologi tahu kecederaan yang menyebabkan kematian dan ujian darah akan melengkapkan laporan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan kematian Muhammad Adib selepas merasmikan program Gotong Royong dan Kesedaran Denggi anjuran bersama Majlis Bandaraya Ipoh, Combi Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta di Kampung Rapat Jaya Tambahan di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: