[VIDEO] Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

A
A
A

IPOH – Polis tidak menemukan sebarang penglibatan pihak lain dalam kes kematian dua pelajar perempuan berusia 14 tahun di kawasan flat kosong dekat Buntong pada Jumaat.

Mohd Alwi
Mohd Alwi

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, siasatan awal turut mendapati kedua-dua mangsa dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela sebelum kejadian.

Menurut beliau, pihak polis menerima laporan berhubung penemuan kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

Kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.
Kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melakukan rutin rondaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.

“Kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua pelajar perempuan ditemukan maut

Artikel Berkaitan:

Tiada penglibatan pihak lain, mangsa sukarela tinggalkan kawasan sekolah - Polis

'Anak saya masih pakai baju PJ sama seperti hantar ke sekolah' - Ibu pelajar maut

“Setakat ini, siasatan tidak menemukan sebarang keterangan yang menunjukkan penglibatan mana-mana pihak lain dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh.
Siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, dua pelajar perempuan ditemukan maut di sebuah bangunan perumahan kosong berhampiran Buntong.

Kedua-dua mangsa yang merupakan rakan baik dikatakan belajar di sekolah yang sama di Ipoh dan mengikuti sesi persekolahan pada waktu petang.

Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun di temui maut di kawasan flat kosong dekat Buntong pada Jumaat
Dua pelajar perempuan berusia 14 tahun di temui maut di kawasan flat kosong dekat Buntong pada Jumaat

Mengulas lanjut, Mohd Alwi berkata, siasatan masih diteruskan dan punca sebenar kematian hanya dapat disahkan selepas laporan bedah siasat serta analisis forensik diperoleh.

“Orang ramai dinasihatkan supaya menghormati privasi keluarga, tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 

................................................................................

 

Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!