Abang Raja Salman meninggal dunia

Putera Bandar bin Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada usia 96 tahun
Putera Bandar bin Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada usia 96 tahun
A
A
A

RIYADH - Abang Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Putera Bandar bin Abdulaziz Al-Saud ialah anak ke-10 pengasas monarki negara Arab berkenaan namun tidak aktif secara politik.

Berita kematian Putera Bandar disahkan agensi berita Saudi Press lewat semalam.

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dan beberapa kenamaan lain termasuk Naib Presiden UAE,SheikhMohammed bin Rashid Al Maktoum,Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE turut menghantar ucapan takziah kepada Raja Salman di atas pemergian Putera Bandar. - Gulf News

Artikel Berkaitan: