Johor tubuh Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar

Tan Chen Choon bergambar bersama Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar.
Tan Chen Choon bergambar bersama Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor hari ini, mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar bagi menangani isu-isu pencemaran di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, usaha menangani isu tersebut melalui tindakan pemantauan dan penguatkuasaan punca-punca alam sekitar.

"Selain itu Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar ini akan menyelaraskan tindakan antara agensi melalui bidang kuasa masing-masing supaya tindakan bersepadu dapat diambil," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Chen Choon berkata, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar itu akan dipengerusikan olehnya dan dianggotai oleh pelbagai agensi.

"Setakat ini, terdapat 25 agensi dan jabatan yang terlibat. Senarai akhir anggota-anggota jawatankuasa ini akan diumumkan selepas dimuktamadkan.

"Penglibatan pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar ini adalah amat penting kerana isu pencemaran bukan sesuatu masalah yang bersifat silo," katanya.

Beliau berkata, punca dan bentuk pencemaran adalah pelbagai dan memerlukan tindakan bersepadu yang pintar serta cekap demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar itu akan memberi fokus kepada tiga jenis kawalan pencemaran utama iaitu air, udara dan pengurusan buangan.

Artikel Berkaitan: