Prestasi PH buatkan UMNO, Pas lupakan sengketa

Hasni meraikan sebahagian tetamu yang hadir pada program Kenduri Durian anjuran Zainal's Place hari ini.
Hasni meraikan sebahagian tetamu yang hadir pada program Kenduri Durian anjuran Zainal's Place hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini menjadi punca ahli UMNO dan Pas bertekad untuk melupakan segala sengketa serta kembali berjabat tangan.

Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, penerimaan akar umbi terhadap kerjasama yang terjalin antara dua parti itu semakin jelas.

"Saya boleh katakan sehingga hari ini ahli di bawah (UMNO Johor) menyokong penuh kerjasama UMNO dan Pas ini. Semakin hari penerimaannya semakin jelas.

"Di Johor boleh dikatakan kini sudah tidak ada sentimen kerana teruknya kerajaan hari ini hingga mampu membuatkan ahli parti melupakan sentimen, sengketa yang ada antara UMNO dan Pas," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Kenduri Durian anjuran Zainal's Place di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan hari ini terlalu ketara dalam isu-isu yang bersifat liberalisme hinggakan rakyat boleh menerima kerjasama UMNO-Pas itu.

"Ia menjadi satu perkara yang semakin hari semakin meyakinkan bahawa 'Malaysian Malaysia' bukan salah satu konsep yang sesuai di negara kita," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan kerjasama itu akan mampu merampas kembali Johor daripada tangan PH.

Katanya, mana-mana program yang dirancang dan cara mengurus parti kini juga perlu disesuaikan dengan golongan pengundi baharu selaras dengan penurunan had umur layak mengundi kepada 18 tahun.

Artikel Berkaitan:

Hasni (kanan) dan Abdullah menikmati durian serta manggis sempena program Kenduri Durian anjuran Zainal's Place hari ini.
Hasni (kanan) dan Abdullah menikmati durian serta manggis sempena program Kenduri Durian anjuran Zainal's Place hari ini.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, golongan muda yang di luar lingkungan parti menjadi cabaran buat parti itu mendapatkan sokongan.

"Dalam kalangan anak muda yang merupakan ahli Pas, kita yakin mereka sering dibawa ibu bapa ke program, usrah, tarbiah, kuliah dan sebagainya.

"Tapi cabaran kita untuk anak muda yang di luar. Cuma kerjasama Pas-UMNO ini membuka lebih banyak ruang untuk kita hadapi suasana baharu.

"Itu pun tak tahu lagi kesannya namun kita berfikiran positif," katanya.