Permaisuri Agong dedah punyai darah keturunan Cina

Tunku Azizah
Tunku Azizah
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengakui baginda sebenarnya mempunyai darah keturunan Cina, malah boleh bertutur dalam dialek tertentu.

Tunku Azizah bertitah, salasilah keluarganya berasal dari Guandong, China.

“Saya orang Kantonis, saya tahu cakap sikit bahasa Kantonis dan Hokkien. Jika saya ke China untuk cari susur galur, mungkin saya dapat cari rumah nenek moyang, boleh jumpa keturunan generasi keempat, tidak kiralah sama ada Ong atau Wong," katanya semasa wawancara dengan Sin Chew Daily.

Baginda mempunyai darah keturunan Guangdong (Canton) melalui Sultanah Fatimah atau nama asalnya Wong Ah Gew, isteri kepada Sultan Abu Bakar.