Upiak Tak Tun Tuang selamat bertunang

Instagram Upiak Isil
Instagram Upiak Isil
A
A
A

PENYANYI kelahiran Indonesia yang popular dengan lagu Tak Tun Tuang, Upiak Isil telah selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan lelaki pilihannya pada Sabtu.

Menerusi laman Instagramnya hari ni, Upiak atau nama sebenarnya Silvia Nanda, 34, telah berkongsi beberapa keping gambar yang menyaksikan dia dan tunangannya yang dikenali sebagai Dilham saling bertukar cincin sambil disaksikan oleh kelaurga kedua belah pihak.

“Alhamdulillah. Bertunangan dengan @dzilhm1412. 27 july 2019,” tulis Upiak ringkas.

Rata-rata peminat dan pengikut Upiak mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah, selain mendoakan yang terbaik buat penyanyi yang terkenal dengan karakter lucunya ini.

Upiak yang berasal dari Bukit Tinggi, Padang, Sumatera Barat, Indonesia sebelum ni pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan bercerai pada 2015.

Artikel Berkaitan: