Cuti am Hari Pertabalan Agong wajib diambil majikan: Aminolhuda

Aminolhuda
Aminolhuda
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cuti umum pada 30 Julai ini sempena Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951.

Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, mengikut Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955, cuti tambahan diumumkan wajib diambil oleh majikan.

"Oleh yang demikian, mengikut Seksyen 60D(1)(b) Akta Kerja 1955, mana-mana cuti tambahan yang diumumkan di bawah Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 adalah cuti tambahan yang wajib diambil oleh majikan selain daripada 11 hari cuti umum yang wajib diambil majikan.

"Majikan juga berhak menggantikan hari cuti tersebut pada hari yang lain dalam tahun yang sama ataupun membayar tambahan upah sekiranya pekerja bekerja pada hari tersebut," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu surat pekeliling sebuah syarikat di Johor Bahru memaklumkan telah menggazetkan 11 hari untuk cuti umum, sekali gus tidak akan menjadikan Hari Pertabalan Agong, Selasa ini sebagai cuti umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Kementerian siasat syarikat swasta tidak iktiraf cuti umum Agong

Surat pekeliling kepada semua pekerja syarikat tersebut turut memaklumkan 30 Julai ini sebagai hari bekerja.

"Senarai cuti umum telah diberikan pada Januari 2019 dan kami secara tegas mengikut senarai tersebut. Tiada cuti umum lain akan dipertimbangkan oleh syarikat. Jika anda memilih untuk tidak hadir tanpa sebab, surat amaran akan diberikan.

Artikel Berkaitan:

"Kami tidak akan melayan sebarang pengumuman cuti umum tambahan oleh kerajaan pada masa akan datang. Senarai cuti umum dinyatakan oleh syarikat adalah muktamad," jelas surat pekeliling tersebut.