Hina nabi, tindakan tegas perlu disegerakan

Haslihelmy
Haslihelmy
A
A
A

KUANTAN - Tindakan tegas perlu diambil kepada dalang yang terlibat menghina nabi Muhammad SAW supaya dikenakan hukuman setimpal.

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli berkata, langkah itu penting bagi memberi pengajaran bukan sahaja pelaku tetapi orang ramai agar tidak melanggar garis sensitiviti antara agama dan kaum.

Menurutnya, perbuatan menyentuh sensitiviti agama jelas akan merosakkan perpaduan yang dibina sejak sekian dan harus dipertahankan.

“Rakyat mahukan perpaduan dan bukannya membakar sentimen perkauman dan keagamaan secara keterlaluan semata-mata untuk mendapat keuntungan politik.

“Penghinaan Nabi Muhammad bukan isu politik dan tidak harus dipolitikkan oleh pihak yang berkepentingan.

“Jadi semua pihak tanpa mengira ideologi politik seharusnya menolak perbuatan biadab ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, PSAP dan NGO di negeri ini akan terus berada di barisan hadapan untuk mempertahankan kesucian agama Islam, kedudukan orang Melayu tanpa mengetepikan dan mendiskriminasikan hak kaum serta agama lain.

“Kita mestilah hidup saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya majoriti rakyat Malaysia mahukan dan cintakan perpaduan dan menolak sebarang usaha untuk membakar sentimen perkauman dan keagamaan yang melampau demi Malaysia yang lebih bersatu padu dan harmoni,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina Nabi: Pas kecewa pemimpin Islam PH berdiam diri