Petikan gitar Man Kidal 'hangatkan' pentas Final Piala FA

Foto Facebook Malaysian Football League
Foto Facebook Malaysian Football League
A
A
A

AKSI final Piala FA 2019 malam ini, menyajikan keunikan apabila buat julung kali lagu ‘Negaraku’ berkumandang dengan iringan petikan gitar solo daripada legenda pemuzik tanah air, Man Kidal.

Sebelum sepak mula berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil tepat 9 malam ini, melibatkan pertemuan Kedah dan Perak, gitaris kumpulan Lefthanded itu memetik gitar mengikut alunan lagu kebangsaan sebelum seluruh stadium bergema.

Antara aksi penyokong skuad The Bos Gaurus ketika menyaksikan final Piala FA 2019 Perak menentang Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA
Antara aksi penyokong skuad The Bos Gaurus ketika menyaksikan final Piala FA 2019 Perak menentang Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA

Komposer dan pemuzik yang empunya nama Abdul Rahman Mahmood, 56, itu yang memakai baju putih serta blazer hitam, mendapat tepukan gemuruh usai tamat nyanyian Negaraku oleh seluruh penyokong di stadium berkenaan.

Antara gelagat penyokong Kedah pada final Piala FA 2019 Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA
Antara gelagat penyokong Kedah pada final Piala FA 2019 Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA

Juara empat kali, Kedah mara ke final selepas mengetepikan Felda United berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan setelah terikat agregat 3-3, manakala juara dua kali, Perak mencatat kemenangan agregat 4-3 ke atas juara bertahan, Pahang.

Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat di sekitar stadium sebelum bermula final Piala FA 2019 Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA
Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal ketat di sekitar stadium sebelum bermula final Piala FA 2019 Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto BERNAMA

Sebagai rekod, Kedah memenangi Piala FA sebanyak empat kali - 1996, 2007, 2008 dan 2017 -, manakala Perak dua kali pada 1990 dan 2004. - Bernama

Artikel Berkaitan: