Polis siasat video tular remaja tunggang motosikal bahaya

Tangkap layar video yang menunjukkan sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya di Kampung Bedal, Bukit Sireh. (Gambar kecil: Wan Fauzi)
Tangkap layar video yang menunjukkan sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya di Kampung Bedal, Bukit Sireh. (Gambar kecil: Wan Fauzi)
A
A
A

KUALA KRAI - Polis sedang menyiasat rakaman video sekumpulan remaja menunggang motosikal secara berbahaya di Kampung Bedal, Bukit Sireh.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, video yang dimuat naik Khamis lalu oleh seorang pengguna Facebook itu tular di media sosial.

Menurutnya kampung berkenaan sekitarnya sekitar menjadi lokasi menunggang motosikal secara berkumpulan terutama pada waktu petang.

"Siasatan sedang dilakukan tetapi belum ada tangkapan dibuat," katanya.

Artikel Berkaitan: