Kaki wanita melecur terkena percikan api

Sebuah rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Manal kira-kira jam 4 pagi tadi. Gambar kecil, Mohd Rafain Mat Zain.
Sebuah rumah hangus dalam kebakaran di Kampung Manal kira-kira jam 4 pagi tadi. Gambar kecil, Mohd Rafain Mat Zain.
A
A
A

TANAH MERAH - Seorang wanita berusia 50 tahun, melecur di bahagian kaki selepas terkena percikan api ketika cuba mengalihkan tong gas ketika rumahnya di Kampung Manal terbakar di sini hari ini.

Wanita yang menerima rawatan di Hospital Tanah Merah itu antara mangsa kebakaran yang melibatkan dua kediaman musnah dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.26 pagi dan sampai di lokasi tujuh minit kemudian.

"Semasa sampai di lokasi kejadian, didapati sebuah rumah musnah hampir 100 peratus dan rumah sebelahnya 85 peratus terbakar tapi kita berjaya kawal api dari terus merebak ke rumah sekitar kejadian pada jam 5.15 pagi.

Kejadian kebakaran di Bukit Gading pagi tadi.
Kejadian kebakaran di Bukit Gading pagi tadi.

"Pegawai dan anggota dari Balai Bomba Machang turut membantu kerja-kerja pemadaman api," katanya.

Sementara itu, menurutnya, bomba turut bergegas ke lokasi kebakaran di Bukit Gading dan Pondok Lama pagi tadi.

"Kebakaran di Pondok Lama hanya melibatkan bumbung garaj terbakar manakala sebuah rumah di Bukit Gading musnah 90 peratus.

Artikel Berkaitan:

"Ketika kejadian tiada penghuni dalam kediaman berkenaan dan setakat ini bomba masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar kebakaran ketiga-tiga kes ini," katanya.