10 rumah separa kekal musnah dijilat api

Keadaan sebahagian 10 rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
Keadaan sebahagian 10 rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran pagi tadi.
A
A
A

KLUANG - Sebanyak 10 kediaman di Jalan Dahlia Lorong 2, Kampung Melayu di sini musnah dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Penolong Penguasa Bomba Asyraf Nur Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.31 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, bomba dapati terdapat 10 rumah dengan keluasan 100 x 25 kaki persegi terbakar kira-kira 90 peratus.

“Operasi pemadaman api kemudiannya mengambil masa kira-kira 30 minit melibatkan seramai 17 anggota dan empat jentera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Asyraf berkata, ketika kejadian salah satu daripada rumah berkenaan juga didapati masih mempunyai penghuni.

“Terdapat beberapa mangsa di dalam sebuah rumah ketika kejadian berlaku, namun kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan anggota forensik bomba,” katanya.

Artikel Berkaitan: