Guna kaedah bijak tangani isu hina nabi

Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Abdul Rahman Osman
Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Abdul Rahman Osman
A
A
A

SHAH ALAM - Kaedah yang perlu dilakukan untuk mempertahankan Nabi Muhammad SAW mestilah secara bijaksana supaya tidak menambahkan lagi kebencian segelintir individu tersebut terhadap Baginda SAW.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, jika tiada keperluan untuk mengkritik golongan yang mempersendakan Nabi Muhammad SAW atau mencaci Baginda, sebaik-baiknya tidak perlu diungkit semula isu yang telah selesai atau yang sudah tidak aktif lagi.

“Perbuatan sedemikian seolah-olah sengaja membangkitkan semula fitnah yang sedang tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina nabi: Pelaku sengaja cetus kemarahan umat Islam

Hina nabi: UMNO, Pas Selangor buat laporan polis

“Ini merupakan perbuatan berdosa yang lebih besar daripada membunuh seseorang seperti dinyatakan di dalam al-Quran,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Dalam masa sama, Wan Salim berkata, tanpa disedari umat Islam sendiri yang merosakkan imej agama disebabkan oleh kejahilan mereka.

“Kerana itulah, ilmu agama yang mantap amat penting bagi seorang Muslim yang ingin memberi pandangan tentang hukum hakam Islam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman mempunyai pendapat berbeza dengan Mufti Pulau Pinang berhubung penularan kembali isu hina nabi.

Menurutnya, umat Islam yang menularkan kembali hantaran menghina Nabi Muhammad dengan tujuan untuk mempertahankan agama Islam boleh dikategorikan sebagai jihad.

Katanya, perbuatan itu dibolehkan kerana mempertahankan agama adalah satu jihad.

“Umat Islam perlu mempertahankan agama Islam daripada pihak atau individu yang bertujuan untuk merosakkan agama Islam.

“Jika ada pihak atau individu yang mahu melakukan sesuatu yang buruk terhadap agama Islam seperti menghina Nabi SAW, kita kena pertahankan kerana ia adalah asas agama,” katanya.