Sudah sampai masa nilai semula janji, manifesto Malaysia Baharu

Kit Siang ketika berucap pada pembukaan Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini.
Kit Siang ketika berucap pada pembukaan Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diingatkan supaya menilai semula janji Malaysia Baharu dan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Peringatan itu ditegaskan oleh Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen, Lim Kit Siang bahawa kini masanya telah tiba untuk PH menyegerakan penilaian semula perkara berkenaan.

"Sudah 444 hari sejak pertukaran kerajaan bersejarah 9 Mei 2018, tiba masanya untuk menilai semula janji mereka.

"Rakyat Malaysia, termasuklah pemimpin PH haruslah menyedari dan mengakui kekecewaan sejumlah besar penyokong PH yang telah mengundi untuk perubahan di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lepas, yang kini merasakan kerajaan PH kini telah kembali mengikut jejak langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kita tumbangkan," katanya ketika berucap pada pembukaan Simposium Ekonomi Malaysia bertajuk Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan di Parlimen di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, PH perlu untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia dan mengakui jika ada sesetengah janji yang dibuat itu adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan.

"Saya percaya rakyat Malaysia akan menghargai usaha ini daripada kita cuba untuk menyembunyikannya.

"Marilah juga kita menilai dan menyemak kembali, mana-mana janji yang kita tidak berjaya tunaikan dalam masa 100 hari atau pun dalam tahun pertama dan kita yakinkan rakyat Malaysia yang kita kini berada dalam hala tuju yang tepat untuk membina Malaysia Baharu dan 5 tunggak utama yang dijanjikan dalam Manifesto PRU14 Pakatan Harapan masih lagi menjadi panduan polisi kita," katanya.

Artikel Berkaitan: