Penyokong fanatik Kampung Benua konvoi ke Bukit Jalil

Komuniti Kampung Benua berharap Lang Merah mampu beraksi pada tahap terbaik menjinakkan The Bos Gaurus dalam aksi final esok.
Komuniti Kampung Benua berharap Lang Merah mampu beraksi pada tahap terbaik menjinakkan The Bos Gaurus dalam aksi final esok.
A
A
A

TRADISI memberikan sokongan kepada pasukan Lang Merah diteruskan oleh komuniti Kampung Benua, Simpang Empat, Alor Setar apabila berkonvoi sebanyak dua buah bas, 13 buah kereta dan belasan motosikal ke Stadium Bukit Jalil bagi aksi final Piala FA 2019 esok.

Penyokong fanatik dari kampung tersebut, Ridzuan Mansor, 53, berkata, majoriti penduduknya memberikan sokongan padu kepada pasukan dan mereka akan berkonvoi sekiranya Kedah mara ke pentas final setiap kejohanan Liga Malaysia.

Menurutnya, tradisi tersebut telah diterjemahkan oleh penyokong-penyokong Kedah di kampung tersebut sejak dulu lagi dan kini ia diteruskan oleh generasi pada hari ini pula.

“Kami penduduk di Kampung Benua dah lama buat macam ini kerana ia adalah sebuah tradisi dalam menzahirkan sokongan kepada pasukan bolasepak Kedah.

“Bagi yang tidak dapat pergi untuk memberikan sokongan kepada pasukan di Bukit Jalil, kami menyediakan tayangan ‘big screen’ pada malam tersebut di kampung ini,” katanya selepas majlis doa selamat sempena program konvoi ke Stadium Bukit Jalil kelmarin.

Nasir (tiga dari kiri) mengetuai bacaan doa selamat memohon keselamatan untuk program konvoi Kampung Benua ke Stadium Bukit Jalil sempena aksi Final Piala FA 2019 malam esok.
Nasir (tiga dari kiri) mengetuai bacaan doa selamat memohon keselamatan untuk program konvoi Kampung Benua ke Stadium Bukit Jalil sempena aksi Final Piala FA 2019 malam esok.

Seramai kira-kira 50 penduduk Kampung Benua hadir pada majlis tersebut yang turut disertai pelari solo Kedah, Nasir Abbas, 64.

Seorang lagi penyokong, Musa Awang Kechil, 40, berharap pemain Kedah akan bermatian-matian dalam usaha untuk keluar sebagai pemenang pada perlawanan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, walaupun sedar Lang Merah gagal menunjukkan aksi konsisten sejak beberapa perlawanan lalu namun dia berharap pasukan itu akan mempamerkan aksi yang terbaik dalam usaha menjinakkan The Bos Gaurus.

“Penyokong juga mahu pemain tidak ambil kisah dengan ketiadaan Renan Alves yang tidak dapat diturunkan di posisi pertahanan dan mahu semua pemain tumpu sepenuhnya kepada perlawanan tersebut,” katanya.