CCTV rakam kelibat dua lelaki curi wang

Tular CCTV gelagat dua suspek yang memecah masuk sebuah pasar raya di Pekan Sungai Besar di sini semalam.
Tular CCTV gelagat dua suspek yang memecah masuk sebuah pasar raya di Pekan Sungai Besar di sini semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) gelagat dua lelaki mencuri wang di sebuah pasar raya di Pekan Sungai Besar di sini sejak semalam.

Rakaman berdurasi satu minit 36 saat itu menunjukkan dua lelaki memakai topeng muka dengan salah seorang daripada mereka memecah mesin juruwang automatik menggunakan peralatan khas.

Kedua-dua lelaki itu kemudiannya dilihat mengambil wang dalam mesin terbabit dan meletakkan wang ke dalam plastik mudah terurai.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kejadian disedari pengurus pasar raya itu bersama seorang pekerjanya ketika ingin memulakan operasi perniagaan pada jam 9.00 pagi, semalam.

Katanya, sejurus masuk ke pasar raya itu, pengurus terbabit terkejut apabila mendapati mesin kiraan wang terbuka dan berterabur.

"Hasil pemeriksaan di pasar raya itu mendapati, suspek dipercayai memecah masuk menggunakan laluan siling tingkat atas pasar raya terbabit.

"Hasil siasatan polis terdapat kesan pecah pada bahagian bumbung terbabit dan ruang mesin juruwang juga bersepah," katanya.

Beliau menegaskan, polis giat memburu dua suspek lelaki berdasarkan rakaman CCTV terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Dianggarkan pasar raya terbabit mengalami kerugian RM10, 000 dalam kejadian berkenaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.