Cuti pertabalan Agong: Peperiksaan amali, diploma ABRSM diteruskan ikut jadual

ABRSM
ABRSM
A
A
A

PUTRAJAYA - Peperiksaan Amali dan Diploma The Associated Board of the Royal Schools of Music (ABRSM) yang dijadualkan pada 12 Jun hingga 30 Ogos akan diteruskan mengikut jadual walaupun 30 Julai ini diumumkan sebagai hari kelepasan, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Kerajaan telah memutuskan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara.

Kementerian itu, dalan kenyataan hari ini, berkata peperiksaan itu tidak dapat ditangguhkan kerana pihak ABRSM telah melantik 48 pemeriksa dari luar negara untuk melaksanakan tugas pemeriksaan di Malaysia bagi tempoh tersebut.

Menurut Lembaga Peperiksaan, peperiksaan tersebut melibatkan 25,530 calon dan 175 petugas peperiksaan di seluruh negara.

"Sehubungan itu, calon peperiksaan Amali dan Diploma ABRSM yang terlibat dikehendaki hadir ke pusat peperiksaan seperti yang dijadualkan," menurut kenyataan itu.

KPM berkata ia komited dalam menjaga kepentingan calon Malaysia yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan bertaraf profesional ini, selain menjaga jalinan kerjasama yang telah lama wujud antara KPM dan pihak ABRSM.- Bernama

Artikel Berkaitan: