Pinda Akta SPRM 2009: Kerajaan masih kaji, kata menteri undang-undang

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keperluan meminda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 supaya kuasa pendakwaan terhadap kes rasuah diserahkan sepenuhnya kepada suruhanjaya berkenaan masih dikaji, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, setakat ini, kuasa badan bebas berkenaan hanyalah untuk menyiasat dan segala pendakwaan diserahkan kepada pihak Peguam Negara.

”Inilah proses telah diadakan dalam negara sejak kemerdekaan. Pihak Peguam Negara memang ada struktur lengkap, mereka mempunyai Timbalan Pendakwa Raya mencukupi untuk dakwa semua kes jenayah termasuk kes rasuah,” katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Theodore Douglas Lind yang ingin tahu sama ada kerajaan mempunyai perancangan atau meminda Seksyen 58 Akta SPRM 2009 supaya kuasa penuh yang sekarang diberikan kepada pendakwa raya untuk membuat semua keputusan dalam tindakan pendakwaan kes rasuah, diserahkan kepada SPRM. - Bernama

Artikel Berkaitan: