Tahu hamil selepas alami pendarahan: Isteri Amai

Pelakon, Ilani
Pelakon, Ilani
A
A
A

BARU sahaja mahu mengecap nikmat bergelar bapa dan ibu, bagaimanapun pasangan pelakon Amai Kamarudin dan isteri, Wan Nur Ilani, 30, akur dengan takdir Tuhan kerana keguguran.

Kata Ilani yang diijabkabulkan pada 7 Julai 2018, pada awalnya dia sendiri tidak menyangka dirinya hamil namun berita kehamilan tersebut diketahui selepas berdepan dengan pendarahan ketika sedang berbulan madu di sekitar Malaysia.

"Lima bulan selepas berkahwin saya hamil. Cuma saya anggap mungkin belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata sebab keguguran.

"Saya dapat tahu pun masa kami sedang berbulan madu. satu hari tu saya mengalami pendarahan, ingatkan kenapa?

"Bila pergi ke klinik dan check, doktor sahkan saya hamil dan usia kandungan ketika itu sembilan minggu.

"Bagaimanapun, kandungan tak bertahan lama. Selepas insiden tersebut, doktor suruh saya berehat untuk tempoh enam bulan," jelasnya kepada Sinar Harian.

Pelakon, Ilani
Pelakon, Ilani

Tambah Ilani, sepanjang tempoh berehat, masa banyak diisi dengan menghasilkan idea dan skrip untuk filem genre seram arahan Shuhaimi Zulkefli.

Artikel Berkaitan:

Ilani dan Amai ditemui pada sidang media pelancaran filem Amukan Kuntilanak yang bakal menjalani penggambaran pada November depan.

Sementara itu, suami Ilani reda dan hanya berserah kepada Yang Maha Esa.

"Memang perasaan sedih itu ada tetapi saya nak buat macam mana? Tak boleh melawan takdir dan saya hanya berdoa sahaja, selepas ini berusaha lagi," katanya.

Selain pasangan Ilani dan Amai selaku watak utama, Siti dan Osman. Antara barisan pelakon lain terdiri daripada Shah Iskandar sebagai Ustaz Yassin, Syed Ali (Yusof), Zulhuzaimy (Chief Salleh), Adam Shahdan (Yusri), Azzahra Ahmad (Saliha) dan ramai lagi.