Lelaki selamat, kereta terjatuh ke dalam longkang

Keadaan kereta yang dipandu mangsa di dalam longkang terbabit.
Keadaan kereta yang dipandu mangsa di dalam longkang terbabit.
A
A
A

JERANTUT - Seorang lelaki terselamat selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandunya terjatuh ke dalam longkang di Kilometer 4 Jalan Jerantut-Temerloh awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Chong Chew Hing,50, dari Taman Pelangi di sini tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan kereta mangsa dari Jerantut menghala ke Taman Saujana Putra di sini.

Menurutnya, ketika kereta yang dipandu mangsa hendak masuk ke simpang ke sebelah kanan, mangsa telah tersilap masuk simpang dipercayai pandangannya kurang jelas.

"Mangsa berhentikan kenderaannya di tepi kanan jalan lalu turun dari kereta terbabit dan mendapati Wiranya menggelonsor ke dalam longkang berhampiran.

"Dalam kejadian in, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan selamat," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel Berkaitan: