Mahkamah KL terima ancaman bom

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini menerima ancaman bom kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Orang ramai serta kakitangan mahkamah yang berada di dalam Kompleks Mahkamah di sini diarah mengkosongkan kamar mahkamah.

Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Penugasan Unit Anjing Pengesan (K9) tiba kira-kira jam 12.40 tengah hari bagi menyiasat ancaman bom berkenaan.

Antara perbicaraan yang sedang berlangsung di situ termasuk kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: