Karangkraf tawar harga runtuh di Pesta Buku Kedah 2019

Diskaun sehingga 60 peratus bagi novel pilihan dan 20 peratus bagi bahan bacaan lain ditawarkan Karangkraf sempena Pesta Buku Kedah 2019.
Diskaun sehingga 60 peratus bagi novel pilihan dan 20 peratus bagi bahan bacaan lain ditawarkan Karangkraf sempena Pesta Buku Kedah 2019.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Diskaun sehingga 60 peratus bagi novel pilihan dan 20 peratus untuk bahan bacaan lain menanti pengunjung sempena Pesta Buku Kedah 2019.

Eksekutif Jualan dan Pemasaran Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd (Karangkraf), Muhammad Hafiz Talib berkata, Karangkraf menawarkan diskaun sehingga 60 peratus bagi novel iaitu RM7 senaskhah selain jimat dengan pembelian empat buah novel berjumlah RM20.

Menurutnya, bagi bahan bacaan lain ditawarkan diskaun sehingga 20 peratus merangkumi al-Quran, buku akademik, buku kanak-kanak, buku agama, novel seram dan thriller.

"Lebih menarik orang ramai berpeluang mendapatkan kad VIP Karangkraf dengan yuran pendaftaran hanya RM10 bagi mendapatkan tawaran istimewa di semua kedai Book2uKarangkraf seluruh Malaysia selain lima peratus diskaun tambahan bagi Pesta Buku Kedah 2019," katanya.

Sepanjang Pesta Buku Kedah 2019, pelbagai aktiviti menarik berlangsung antaranya Demo Memasak Bersama Chef Alaf 21, Chef Reezlin Abdul Rahman pada 26 Julai bermula 11 pagi sehingga 12 tengah hari.

Orang ramai mula memenuhi gerai Karangkraf sempena Pesta Buku Kedah 2019 bagi mendapatkan diskaun menarik.
Orang ramai mula memenuhi gerai Karangkraf sempena Pesta Buku Kedah 2019 bagi mendapatkan diskaun menarik.

Sementara itu, turut diadakan, Bicara Thriller dan Seram Bersama Ramlee Awang Murshid, Eqbal Mohaydeen dan Fitri Hussin pada jam 3.30 petang hingga 5 petang, 27 Julai 2019.

"Turut dianjurkan Sesi Fuiyoo Senangnya Matematik Bersama Kipas Hikmat untuk murid tahap dua dan peringkat menengah rendah bermula 2 hingga 3.30 petang dan sesi kedua pada 4 hingga 6 petang, pada hari sama," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai juga akan dihiburkan dengan sesi maskot Omar dan Hana bermula 1.30 petang, 2.30 petang dan 5 petang di mana setiap sesi mengambil masa selama 30 minit, 27 Julai nanti.

"Jangan lupa mengunjungi gerai Karangkraf di A31, A32 dan A33 Pesta Buku Kedah bertempat di Village Mall Sungai Petani yang menawarkan pelbagai bahan bacaan buku dan novel dengan harga istimewa," katanya.

Pesta Buku Kedah 2019 bermula 24 hingga 30 Julai ini menyasarkan 100,000 pengunjung dengan lebih 50 pempamer mengambil bahagian.