Syafie Naswip, Aishah Azman putus tunang

Syafie dan Aishah mengakui dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu meneruskan hubungan mereka.
Syafie dan Aishah mengakui dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu meneruskan hubungan mereka.
A
A
A

TANDA tanya mengenai hubungan Syafie Naswip dan Aishah Azman akhirnya terjawab selepas Syafie mengesahkan ikatan pertunangan mereka telah putus di tengah jalan.

Memetik laporan Astro Gempak, Syafie berkata, dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan atas persetujuan bersama.

"Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini," katanya.

Tambahnya lagi, dia merasakan dugaan bertunang terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya.

Pelakon itu turut menafikannya punca perpisahan disebabkan orang ketiga mahupun masalah keluarga.

“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

“Buat masa sekarang, mungkin ini keputusan terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya,” katanya.

Syafie juga menegaskan bahawa dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pertunangannya.

Artikel Berkaitan:

“Ini kali pertama dan terakhir saya membuat kenyataan. Saya mohon maaf jika ada yang bertanya selepas ini, saya tidak mahu jawab apa-apa,”jelasnya.

Sementara itu, Aishah ketika dihubungi enggan memberi kenyataan daripada pihaknya.

“Saya akui dugaan ketika bertunang sangat berat. Buat masa sekarang saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan. Jika Syafie mahu berkata apa-apa, saya tidak boleh halang,”katanya enggan mengulas lanjut.

Syafie dan Aishah bertunang 7 April lalu dan merancang untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini.