Imam Masjid Telaga Papan meninggal dunia di Makkah

No Image Caption
A
A
A

PASIR PUTEH - Imam Masjid Mukim Telaga Papan di sini, Ismail Yaacob meninggal dunia di Makkah petang semalam.

Pengerusi Biro Belia dan Wanita masjid berkenaan, Nor Amran Nor, 49, berkata, dia menerima berita sedih itu melalui aplikasi WhatsApp rakan yang turut berada di Tanah Suci.

Katanya, Ismail berusia 67 tahun yang lebih dikenali sebagai Tok Imam Wel menghembuskan nafas terakhir jam 1 petang semalam.

"Saya diberitahu dia meninggal dunia akibat serangan jantung, jenazah disembahyangkan di Masjidil Haram dan dikebumikan di Perkuburan Arafah.

"Arwah seperti ayah kepada penduduk kampung, pemergiannya sangat dirasai," katanya.

Artikel Berkaitan: