Sambut perayaan bersama satukan Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, meraikan sambutan perayaan antara satu sama lain adalah manifestasi kepada ‘keterangkuman’ dalam kebudayaan Malaysia yang diamalkan sejak sekian lama.

Dalam amanat sempena Krismas, beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai di mana rakyat dari pelbagai kaum dan agama turut bersama meraikan sambutan musim cuti perayaan sesama mereka.

“Saya harap rasa saling persefahaman ini akan berterusan dan diwarisi kepada generasi muda. Inilah yang menjadikan Malaysia unik, bersatu dan kukuh,” katanya.

Rakaman video Dr Mahathir dimuat naik di akaun Twitter dan Facebook beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: