Liverpool tewas, Klopp kunci mulut

Klopp enggan mengulas lanjut mengenai kekalahan kedua Liverpool pada aksi pra musim.
Klopp enggan mengulas lanjut mengenai kekalahan kedua Liverpool pada aksi pra musim.
A
A
A

LIVERPOOL sekali lagi menelan kekalahan pada aksi pra musim apabila tewas 1-2 di tangan Sevilla dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Boston, Amerika Syarikat awal pagi tadi.

Perlawanan itu bagaimanapun dicemari dengan kekasaran apabila pemain muda Liverpool, Yasser Larouci terpaksa diusung keluar apabila diterjah keras pemain Sevilla, Gnagnon dan kemudiannya dilayangkan kad merah oleh pengadil.

Walaupun beraksi dengan 10 pemain, Sevilla berjaya mendapatkan gol kemenangan di masa kecederaan hasil jaringan Alejandro Pozo, sekali gus memadam gol awal yang dijaringkan Nolito dan Divock Origi.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp enggan mengulas mengenai kekalahan itu, sebaliknya memilih untuk bercakap tentang aksi ganas yang berlaku dalam perlawanan ini.

"Saya lebih suka jika anda (wartawan) bercakap tentang perlawanan dan bukan mengenai saya kerana apa jua yang saya katakan nanti akan menjadi tajuk utama.

"Jika bercakap tentang aksi hari ini, saya akui ia tidak begitu baik. Kami boleh melakukan lebih baik, namun ia terganggu disebabkan situasi-situasi tertentu.

"Saya perlu katakan bahawa saya tidak menggemari permainan keras seperti ini kerana bola sepak sepatutnya lebih kepada untuk memenangi bola. Tetapi ia tidak berlaku dalam perlawanan ini.

"Sebab itulah adanya peraturan. Cukuplah, saya tidak mahu bercakap lebih lanjut tentang perlawanan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas tentang tahap kecederaan Larouci, Klopp berkata pemain berusia 18 tahun itu cukup bertuah kerana tidak terpalit dengan kecederaan lebih serius.

Namun, doktor pasukan akan terus memantau tahapnya yang mengelami kecederaan pada rahang dan jari.