Tukang masak rugi RM27,000 diperdaya Macau Scam

Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A

KUANTAN - Seorang tukang masak rugi RM27,000 diperdaya sindiket Macau Scam, Sabtu lalu.

Mangsa berusia 55 tahun pada awalnya dihubungi seorang individu mendakwa pegawai polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, menerusi panggilan tersebut mangsa dikatakan terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.

Menurutnya, tanpa syak wasangka mangsa hanya menurut sahaja arahan menerusi talian telefon yang menyuruhnya melakukan pemindahan wang.

"Panggilan pertama mendakwa dari Telekom Malaysia mengatakan talian telefonnya ada masalah.

"Talian kemudiannya disambung kepada individu mendakwa sebagai Sarjan Azlan dari IPK Kuala Lumpur.

"Talian dihubungkan kepada individu dikenali sebagai Inspektor Firdaus yang menawarkan diri untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi," katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas membuat empat transaksi ke dua akaun bank.

"Bimbang dengan tuduhan tersebut, mangsa hanya mengikut sahaja arahan supaya melakukan pindahan wang.

"Selepas talian diputuskan barulah mangsa sedar telah menjadi mangsa penipuan atas talian.

"Mangsa tampil membuat laporan polis dan mengalami kerugian sebanyak RM27,000," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia