X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air pulih 96 peratus

Abdul Raof
A
A

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat sejak kelmarin kini pulih mencapai tahap 96 peratus hingga jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, setakat ini hanya bekalan air di Kuala Selangor dan Hulu Selangor sudah pulih sepenuhnya.

Menurutnya, bagi kawasan Kuala Lumpur peratus pemulihan mencapai tahap 99 peratus; Petaling (95 peratus); Klang/Shah Alam (91 peratus), Gombak (94 peratus) dan Kuala Langat (78 peratus).

"Pihak kami sedang berusaha bagi mempercepatkan pemulihan keseluruhan kawasan terjejas dengan meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran bekalan di siatem aliran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu lebih sejuta akuan pengguna melibatkan 1,132 kawasan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat dilaporkan bakal terjejas susulan daripada pelaksanaan henti tugas di Tiga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor

Operasi henti tugas yang dilaksanakan di LRA Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 itu dibuat berikutan daripada pencemaran bau di sumber air menyah sungai berkenaan.

Selain itu, pelaksanaan kerja-kerja pembaikan LRA Sungai Selangor Fasa 1 yang dijadualkan pada Selasa depan turut ditangguhkan susulan daripada insiden pencemaran tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus