Kepala tersepit di jeriji pintu

Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan apabila kepalanya tersangkut di jeriji pintu rumah.
Anggota bomba menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan apabila kepalanya tersangkut di jeriji pintu rumah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - "Kami terpaksa membuka helmet dan menyantuni seorang kanak-kanak perempuan ketika operasi menyelamatkan mangsa berusia tiga tahun itu," kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Penguasa Kanan Bomba ll, Abdul Rahim Ismail.

Kanak-kanak perempuan itu terpaksa menanggung kesakitan lebih setengah jam apabila kepalanya tersepit di jeriji pintu rumahnya di Bukit Godek, Semabok, Melaka, di sini pagi tadi.

Abdul Rahim berkata, anggotanya berjaya menggunakan pendekatan memujuk dan berbual-bual dengan kanak-kanak itu bagi menenangkan keadaanya yang sedang menangis kerana ketakutan dan kesakitan.

"Bila kita buka helmet dan memujuknya, dia tenang dan operasi memotong jeriji besi itu berjaya dilakukan dengan selamat bagi mengeluarkan kepala mangsa.

"Saya difahamkan kanak-kanak tersebut memanjat pintu jeriji itu tanpa disedari ibunya yang berada di dapur," katanya.

Tambahnya, beliau bersama lima anggota bomba yang bergegas ke lokasi kejadian, mengambil masa kira-kira lima minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersangkut di jeriji besi itu dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan: