Israel tembak wartawan Palestin

Krew Al-Aqsa TV, Sami Mosran mengalami kecederaan serius selepas peluru getah Israel terkena bahagian matanya.
Krew Al-Aqsa TV, Sami Mosran mengalami kecederaan serius selepas peluru getah Israel terkena bahagian matanya.
A
A
A

GAZA CITY - Israel tidak menghiraukan gesaan antarabangsa apabila terus menjadikan wartawan yang membuat liputan protes 'March of Great Return' sebagai sasaran peluru hidup dan getah.

Dalam kejadian semalam, dua wartawan cedera ditembak peluru getah di timur Gaza.

Mangsa dikenali sebagai Sami Mosran dan Safinaz al-Louh.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, kecederaan dialami Mosran agak parah kerana peluru getah berkenaan mengenai bahagian matanya.

Mosran adalah sebahagian daripada krew Al-Aqsa TV yang membuat liputan sejak protes tercetus pada Mac tahun lalu.

Al-Aqsa TV mengutuk kekerasan rejim Zionis terhadap wartawan dan menuntut Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menyiasat kes berkenaan sebagai jenayah perang.

Secara keseluruhannya seramai 97 rakyat Palestin ditembak ketika menyertai protes yang memasuki minggu ke-67 semalam.

Daripada jumlah tersebut, 49 mangsa terkena peluru hidup termasuk empat anggota paramedik. - Agensi

Artikel Berkaitan: