Barisan kepimpinan Pas Kelantan kekal

Datuk Ahmad Yakob
Datuk Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU - Pas Kelantan mengekalkan senarai Jawatankuasa Kerja Badan Perhubungan Pas negeri bagi sesi 2019-2021 sebagaimana sesi lalu, hari ini.

Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan berkata, Mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan memuktamatkan beliau kekal sebagai Pesuruhjaya Jawatankuasa Kerja manakala Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.

Menurutnya, Datuk Dr Johari Mat kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya II; Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan sebagai Timbalan Pesuruhjaya III manakala Datuk Che Abdullah Mat Nawi sebagai Setiausaha Badan Perhubungan negeri.

Menurutnya, jawatan lain yang dikekalkan ialah Datuk Hanifa Ahmad (Bendahari); Datuk Mohd Nassuruddin Daud (Ketua Penerangan) dan Zulkifli Mamat (Pengarah Pilihanraya).

Bagaimanapun beliau berkata, Wan Roslan Wan Hamat beralih tugas sebagai Penolong Setiausaha I kepada ahli Perhubungan Pas Kelantan

“Beliau akan bertugas bersama enam anggota lain iaitu Datuk Abdullah Yaacob, Datuk Sr Azami Mohd Nor, Dr Mohd Izani Hussin, Datuk Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman, Mumtaz Md Nawi dan Nik Asma Baharum Nik Abdullah.

“Tugas Wan Roslan akan disandang oleh Mohd Asri Mat Daud manakala Dr Wan Nik Bin Wan Yusof sebagai Penolong Setiausaha II dan Mohd Ashari Mohd Zain selaku Penolong Setiausaha III,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu beliau berkata, Ketua Dewan Ulama diberi kepada Datuk Hassan Mohamood sementara Ketua Pemuda, Mohd Arif Abdullah dan Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Artikel Berkaitan: