Anwar adakan majlis keagamaan setiap Ahad

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sudah menjadi satu kelaziman buat Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan majlis keagamaan pada setiap Ahad.

Menurut Setiausaha Akhbar Pejabat Anwar, Tunku Nashrul Abaidah, majlis keagamaan itu selalunya akan diadakan di kediaman Ahli Parlimen Port Dickson itu.

"Ada setiap Ahad di rumah beliau," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas penularan jemputan program ke majlis pelancaran zikir dan selawat Nurul Anwar di kediaman Anwar pada Ahad ini.

Jemputan program berkenaan menyusul setelah Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali turut akan mengadakan majlis doa kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor pada Ahad ini.

"Dijadualkan bermula pada 7.00 petang, aturcara majlis termasuklah solat hajat "buat kesejahteraan seluruh pimpinan dan masyarakat agar dijauhkan dari bahana fitnah durjana.

"Seluruh pimpinan dan anggota, serta semua rakyat yang menolak fitnah dipersilakan dan dijemput hadir bersama," demikian antara petikan kenyataan program Azmin berkenaan.

Hubungan kedua-dua pemimpin tertinggi PKR itu baru-baru ini agak dingin, hingga kedua-duanya seolah-olah melancarkan 'perang' secara terbuka.

Artikel Berkaitan: